Konsep pendidikan pra-sekolah untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun merupakan asas kepada perkembangan minda, fizikal, rohani dan emosi mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan arus perdana yang sebenar. Pada peringkat ini, penerapan sistem pendidikan yang sempurna dan menyeluruh kepada kanak-kanak adalah amat penting agar wujudnya budaya mengembangkan minda, fizikal, rohani dan emosi mereka secara berterusan sehingga ke tahap umur berikutnya.
Justeru, penubuhan Tadika Muslim Intelek ini yang menekankan kepada konsep kesepaduan antara perkembangan rohani dan fizikal kanak-kanak diharap dapat mendidik mereka membentuk sahsiah diri dan dalam masa yang sama berupaya mengembangkan bakat dan minat masing-masing. Selain daripada itu, perkembangan mereka dari aspek kecerdasan minda dan kestabilan emosi sudah pasti tidak disisihkan dengan penerapan konsep-konsep dan aktiviti- aktiviti yang berkaitan.
Akhirnya diharapkan agar kewujudan Tadika Muslim Intelek ini dalam masyarakat akan dapat menyumbang kepada pembentukan peribadi kanak-kanak prasekolah dan mampu mempersiapkan diri mereka untuk melangkah ke tahap pendidikan yang lebih tinggi.
0 comments:
Post a Comment